Pengambilan makanan tambahan atau suplemen menjadi semakin relevan dalam kalangan masyarakat, termasuklah dari golongan pelajar. Dengan kemajuan sains dan teknologi, cabaran rakyat Malaysia (dan dunia) masa kini bukan hanya dalam pengurusan masa, tetapi juga dalam pengurusan kesihatan dalaman (body) serta pengurusan kesihatan mental yang juga berkait rapat dengan emosi. Emosi yang tidak baik biasanya berkait rapat dengan kecelaruan hormon, atas sebab kesihatan badan yang tidak teratur. Menurut kajian Nelson et al. (2008), seseorang individu perlu mementingkan penjagaan kesihatan semasa fasa peralihan remaja kepada fasa awal kedewasaan. Namun sebaliknya berlaku kerana didapati sewaktu
tempoh inilah seseorang individu itu cenderung untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat serta kurang menjalankan aktiviti fizikal.


Oleh yang sedemikan, makanan tambahan atau suplemen telah mendapat tempat di hati kebanyakkan rakyat di dunia. Kajian dari penyelidik di UKM mendapati, pengambilan supplement di kalangan pelajar (remaja) adalah di atas sebab kesihatan dan juga bagi membantu prestasi akedemik mereka.

Namun, telah banyak berita yang tular mengenai penggunaan dan pengambilan makanan tambahan (supplement) secara berlebihan sehingga menyebabkan efek buruk keatas kesihatan badan dan kemudian mengundang pelbagai risiko penyakit.

Jadi, pentingkah pengambilan supplement ini?

Seperti mana NAMA nya, pengambilan MAKANAN TAMBAHAN atau SUPPLEMENT perlu mendapat nasihat dari pakar kesihatan, ataupun pakar pemakanan seseorang individu tersebut. Ini adalah kerana, keperluan nutrisi bagi setiap individu adalah berbeza, dan kesan pengambilan makanan tambahan turut bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan mengikut keupayaan sistem badan seseorang.

Seseorang individu itu juga perlu bijak dalam membaca label kandungan (ingredients) yang terdapat pada setiap produk, dan juga memahami maksud kandungan produk tersebut.

Mengikut kajian dari pengkaji di UKM ini, survey yang dijalankan terhadap para pelajar yang mengambil supplement (jenama tidak dinyatakan) adalah positif, namun ada juga yang mengalami ‘side effect’ semasa pengambilan supplement tersebut.

Selain itu, mereka juga turut berpuas hati dengan pengambilan supplement ke atas kecergasan badan mereka.

Baca artikel penuh

Kesimpulannya

Pengambilan supplement atau makanan tambahan adalah sebagai pengganti ‘makanan penting’ yang tidak diambil oleh kita, namum penting untuk kesihatan diri setiap individu. Tetapi, jumlah pengambilan supplement ini mestilah pada kadar yang diperlukan oleh badan kita, supaya organ dalaman tidak bekerja dengan lebih keras untuk mengingkirkan makanan tambahan yang diambil secara berlebihan, yang akhirnya boleh membawa kepada kesan negatif.

Memahami isi kandungan (ingredients) serta asal usul produk itu sendiri adalah penting, dan bukanlah hanya dengan membuat andaian berdasarkan testimoni individu yang lain.

Perbincangan dengan pakar (kesihatan atau nutrisi) juga perlu, sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan terutama masalah-masalah yang kronik.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *