Rahim tidak sihat

Rahim merupakan organ peranakan dan merupakan mahkota setiap wanita. Kesihatan rahim sangatlah penting kerana sekiranya rahim tidak sihat, ia turut memberikan impak kepada perasaan atau mood individu tersebut.

Photo from pexels.com

Jadi, bagaimanakah untuk kita mengenalpasti sama ada rahim dalam keadaan yang sihat ataupun tidak?

Cara yang paling mudah adalah dengan berjumpa pakar sakit puan atau dikenali sebagai ‘gynecologist’ dalam Bahasa Inggeris. Berjumpa pakar bukan hanya dapat mengenalpasti kesihatan rahim dengan lebih tepat, ia juga dapat membantu kita dalam mencegah kanser yang sinonim dengan wanita dengan lebih awal.

Tetapi dengan keadaan ekonomi dan jadual wanita masa kini yang sangat ketat, menyukarkan wanita untuk meluangkan masa di hospital atau klinik. Kalau pun berjumpa doktor, pastinya sesuatu telah berlaku dan inilah yang biasa terjadi. Ada diantara kita pula, langsung tidak sedar perubahan pada diri sendiri hinggalah ia telah berlarutan dan akhirnya menjadi semakin teruk. Akibatnya, ramai di kalangan wanita yang semakin tertekan akibat sukar menerima hakikat tentang perubahan dalaman tubuh mereka atau akibat perubahan hormon di dalam badan wanita (Rujuk Artikel dari MyHealth atau Sinar Harian)

Mengenalpasti Rahim Tidak Sihat…

Jadi, bagaimanakah untuk wanita pada semua peringkat umur untuk mengenalpasti sama ada organ dalaman mereka (i.e rahim atau peranakan) tidak bermasalah?

10  ‘bahasa tubuh’ (hint) yang tubuh kita berikan menandakan bahawa rahim kita dalam kedaan yang tidak sihat.

1. Sakit tumit dan/atau tapak kaki

Kebiasaannya dikaitkan dengan pemakaian kasut tumit tinggi atau berjalan di atas lantai yang sejuk. Namun, sekiranya apabila diurut (terutama di bahagian tapak kaki) dan anda dapat rasakan seperti ‘menyucuk’, itu tandanya rahim anda sedang mengalami masalah.

2. Keputihan dan kentut vagina.

rahim tidak sihat
Photo by Polina Zimmerman from Pexels

Faraj yang sentiasa basah menandakan individu tersebut mempunyai masalah keputihan yang serius. Kadang-kala, keputihan tersebut mempunyai warna (kuning atau hijau) yang juga mengakibatkan bau (fishy smell) dan kegatalan.

Kentut vagina biasanya dialami oleh wanita yang telah berkahwin, setelah mereka melahirkan anak. Ini biasanya disebabkan pantang yang tidak betul. Namun, sekiranya keputihan yang teruk berlaku, ia juga boleh mengakibatkan vagina mengembang, dan ini menyebabkan kentut vagina terjadi.

3. Sakit pinggang, paha dan betis.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Kebiasaannya, individu ini akan merasa kebas di bahagian pinggang hingga ke paha dan betis. Rasa lenguh dan kebas ini biasanya berlaku hanya pasa sebelah badan sahaja. Rasa sakit dan menyucuk akan berlaku sekiranya rawatan awal tidak diambil.

4. Sakit di bahagian ari-ari (bahagian bawah perut). Sekiranya telah berkahwin, ini boleh menyebabkan kesakitan semasa ‘bersama’.

Photo by Vie Studio from Pexels

Bagi yang belum berkahwin, rasa sakit ini agak sama dengan rasa tidak selesa semasa datang haid. Namun, rasa tidak selesa (menyucuk) ini bagi rahim yang tidak sihat, akan berlarutan dan bukanlah semasa datang haid sahaja.

5. Perut sentiasa berangin. Kadangkala nampak buncit di bahagian bawah perut.

Photo by Olya Kobruseva from Pexels

Kadangkala, kita merasakan diri telah gemuk disebabkan perut yang membuncit. Tetapi sebenarnya, perut buncit juga ada beberapa jenis dan ini dapat menjelaskan sama ada individu tersebut telah mengalami pertambahan berat badan, atau sebenarnya sedang mengalami masalah peranakan jatuh.

Namun, bagi individu yang mengalami endometriosis, PCOS, atau fibroid, pertambahan berat badan merupakan petanda yang badan anda sedang mengalami masalah hormon yang melibatkan rahim.

6. Kerap kencing atau kencing tidak lawas.

Photo by Vie Studio from Pexels

Kencing tidak lawas atau kencing kotor biasanya dikaitkan dengan sikap seseorang yang sering menahan kencing. Namun, sekiranya anda tidak begitu, mungkin inilah petanda yang badan anda sedang beritahu kepada anda. Masalah kerap kencing pula boleh menjadi teruk sehinggakan individu itu agak sukar untuk mengawal pundi kencing semasa batuk atau bersin.

7. Kitaran haid tidak menentu.

rahim tidak sihat

Haid datang terlalu banyak atau terlalu sedikit, jumlah hari datang haid sama ada terlalu lama atau terlalu sekejap. Ini merupakan keadaan biasa bagi semua wanita, namun sebenarnya mempunyai makna disebalik jumlah hari datangnya haid ini.

Ramai yang beranggap ,haid yang jarang-jarang datang atau kerap datang, adalah normal. Anda salah! Haid yang normal adalah yang datang pada setiap bulan, dan tidak terlalu panjang (sebaiknya hanya 7 hari).

8. Sakit yang teruk semasa haid

rahim tidak sihat kepada perempuan
Photo by Polina Zimmerman from Pexels

Mmengalami ‘period pain’ yang teruk juga adalah petanda rahim tidak sihat, dan ini bukanlah satu petanda anda mengalami period yang normal. Sakit yang teruk mungkin disebabkan masalah rahim terbalik, atau telah ada ketumbuhan didalam rahim tersebut.

Namun, sains telah membuktikan bahawa pengecutan dan pengembangan otot rahim sewaktu haid sedang berlaku adalah penyebab kepada sakit semasa haid. Tetapi, ini bukanlah satu kesakitan yang teruk, sehinggakan individu tersebut terpaksa memakan ubat tahan sakit, pitam atau pengsan, atau mengalami pendarahan yang teruk.

9. Warna darah merah-kehitaman

Photo by Alina Blumberg from Pexels

Warna darah juga turut meyumbang kepada teka-teki bagi kesihatan wanita. Kebiasaannya, kita ketahui bahawa darah permulaan akan sedikit pekat, kemudian hitam dan agak lesu diakhirnya. Namun, warna darah ini juga dikatakan berkait rapat dalam menyatakan apa yang sedang berlaku di dalam rahim wanita. Ini akan dibincangkan di post yang lain.

10. Naik jerawat secara tiba-tiba, atau masalah jerawat tidak pernah selesai.

Photo by Dhyamis Kleber from Pexels

Ini juga boleh dikaitkan dengan kebarangkalian mendapat PCOS, fibroid dan/atau endometriosis. Kenaikan jerawat secara mendadak sangat berkait rapat dengan kecelaruan hormon yang wanita sedang alami.

Adakah anda pernah atau sedang mengalami salah satu tanda di atas?

Jika jawapannya adalah ‘YA‘, sila berhubung dengan pakar sakit puan anda dengan segera.

Nota kaki

Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga melalui pembacaan di artikel-artikel kesihatan. Tulisan ini hanyalah sebagai ‘sharing’ dan informasi sahaja dan berbeza setiap individu. Tulisan ini adalah bukan dari sudut profesional, oleh itu perlu diingatkan agar selalu merujuk kepada doktor pakar bagi mendapatkan maklumat yang lengkap.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *