Serangan bena putih atau whitefly ini adalah serangan yang paling biasa di kalangan petani moden. Namun, jika tidak dirawat, serangan ini akan menjadi satu wabak penyakit kepada pokok tersebut dan boleh mengakibatkan pokok itu kering dan mati.
Bena putih ini mampu merebak dari satu pokok ke satu pokok yang lain dengan sangat cepat. Pengalaman penulis sendiri, serangan dari bena putih ini bermula apabila penulis mula menanam pokok cili pada tahun lepas (2020). Setelah pokok cili tersebut terkena bena, tidak lama kemudian, semua tanaman telah mendapat bena. Ini termasuklah daun salad, sawi pak choi, kailan, dan yang paling teruk di serang bena putih ini adalah bayam Brazil.

Bena putih di pokok cili @adminsisclassy
Bayam Brazil atau turut dikenali dengan nama “Sissoo spinach“, merupakan sayuran yg paling mudah ditanam, dan makin mendapat tempat di hati penggemar sayur. Sayur ini juga telah dijadikan makanan komersil seperti keropok bayam dan dijual secara meluas oleh peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME). Walaupun penanaman bayam Brazil ini mudah, semudah mencucuk ‘nodes’ atau keratan batangnya, namun penjagaan bayam Brazil ini setelah terkena bena putih adalah tidak mudah.

Bayam Brazil yg sihat @adminsisclassy
Sifat Serangan Bena Putih
Di sebabkan sifat bena putih yang membiak dari bawah daun (bertelur) dan tidak mudah dilihat, menyebabkan ia sukar di lihat pada hanya luaran sahaja. Namun, apabila telur sudah menetas dan serangga telah keluar, ia akan membentuk jaringan ‘web’ seperti labah-labah. Pada peringkat ini, serangan bena putih adalah di tahap maksima, dan kebarangkalian untuk pokok itu kering dan mati adalah tinggi.


Gambar @adminsisclassy
Apa yang Menyebabkan Punca Kematian Pokok?
Serangga bena putih mendapat makanan dengan menghisap zat dari pokok yang dihinggapnya. Apabila serangga ini mula membiak dan mendominasi pokok, maka makin banyaklah zat dari pokok yang di hisap oleh serangga terbabit. Hal ini akan menyebabkan pokok tidak dapat menyalurkan zat yang menyeluruh dan lama kelamaan pokok akan kehilangan zat dan mati.
Bagaimanakah untuk Menghapuskan Atau Mengurangkan Serangan Bena Putih?
Ada beberapa petua yang telah dikongsi oleh para petani moden tentang cara mengatasi bena putih ini. Racun serangga juga telah dijual secara komersial oleh orang perseorangan dan juga beberapa syarikat persendirian.
Namun, perkongsian kali ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam membenteras bena putih. Tips racun organik dari bahan-bahan di dapur ini telah dikongsikan (share) di laman facebook AB Goncang.
Resepi Racun Organik
- 2 sudu teh baking soda
- 1 sudu teh minyak masak
- 1 sudu teh cecair pencuci pinggan
- 1 Liter air
- Campurkan dan goncang campuran ini hingga sebati
- Semburkan pada pokok sekali sehari
Video pembuatan racun organik ini turut dikongsikan di laman TikTok Sis Classy. Klik pautan di bawah ini untuk menonton.
Moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
SELAMAT MENCUBA.


No responses yet