Sejak MCO 1 yang lalu, makin ramai pengurus rumahtangga yang telah mengambil peluang untuk mendalami dekorasi rumah mereka. Minat yang terbit ini bukan hanya disebabkan oleh keadaan mental kita ketika itu (terkurung, inginkan pemandangan yang berbeza, dan lain-lain), namun ia juga adalah disebabkan teruja apabila melihat keindahan dekorasi dan barang-barang yang dipamerkan oleh warganet yang lain di medsos.

Namun, terdapat juga segelintir yang membeli barangan kerana terikut-ikut akan trend terkini, tanpa mengambil kira keperluan ketika itu.

Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat menjadi titik bermulanya (kembali) buat anda yang baru hendak membuat perubahan/pilihan mahupun anda yang telah tersalah pilih. Perlu diingatkan bahawa, dalam membuat pembelian, keutamaan adalah terhadap ‘apa yang perlu‘ dan bukannya ‘apa yang diracun‘.

Jom, baca.


1) Tentukan Tema Rumah Anda

Terlalu banyak tema dekorasi rumah yang boleh dipilih, dan semua ini agak mengelirukan bagi individu (seperti saya!) yang tidak arif dalam ilmu dekorasi.

Pembacaan yang banyak dan detail adalah perlu bagi memastikan kita tidak tersalah pilihan.

GUNAKAN DIARY ATAU PLANNER JIKA PERLU.

Pastikan anda membuat perbandingan antara tema/design yang anda impikan, dan lihat kembali kesesuaian tema tersebut dengan keseluruhan kehidupan anda dan keluarga.

Perlukan bantuan?

Website ini ada menyediakan satu set quiz yang boleh membantu anda menentukan gaya dekorasi kegemaran anda. Cubalah dan lihat sendiri hasilnya!

Saya dah dapat dan hasilnya, saya lebih kepada dekorasi jenis Scandi dan Coastal. Turut disertakan juga adalah tips bagaimana mendapatkan gaya idaman saya ini.

Link Quiz.


2) Tentukan Keperluan Anda

Gunakan

  • Konsep 5S
  • Konsep ‘KonMari’ oleh Marie Kondo
  • Konsep ‘Home Edit’, atau
  • Tips ‘Urus Rumah’ dari Dr. Hani

Konsep 5S banyak di praktikkan di tempat kerja terutamanya di sektor Kerajaan, dan ada juga tempat kerja yang mengadakan ‘spot check’ terhadap para pekerjanya bagi memastikan mereka sentiasa mengikuti konsep ini dalam menguruskan dokumen-dokumen berkenaan tugas mereka.

Jika pejabat anda ada menitik beratkan konsep ini, anda boleh juga gunakan konsep yang sama di rumah. Ini lebih baik, kerana anda lebih memahami dan arif tentang apa yg perlu anda lakukan.


Kaedah KonMari yang diperkenalkan oleh Marie Kondo, telah melonjak naik dikalangan kita terutamanya selepas kemunculan Siri di Netflix : Marie Kondo.

Siri ini banyak menunjukkan gambaran sebenar kehidupan: ‘real life issues and stories’ – walaupun lokasi penggambaran itu bukanlah di Malaysia.

Masalah yang ditunjukkan dalam siri ini, adalah berdasarkan ‘human behaviour’ atau ‘tingkahlaku manusia’ yang lebih kurang sama, walau di mana sahaja.

Oleh itu, kaedah KonMari ini adalah kaedah yang dicadangkan berdasarkan perilaku manusia, dan intipatinya boleh diamalkan oleh kita juga.

Salah satu antara gaya KonMari yang popular adalah gaya ‘melipat pakaian’ dan kaedah menyusun dengan cara yang senang untuk di ambil dan guna.


Konsep yang diperkenalkan dari team “The Home Edit” juga sangat praktikal. Selepas kemunculan siri ini di Netflix, konsep minimalis yang telah lama diperkenalkan, semakin mendapat tempat di hati warga net di Malaysia.

Seperti Marie Kondo, team HE ini juga mempunyai method mereka yang tersendiri. Selain dari penggunaan bekas-bekas yang ‘see through’ atau lutsinar, mereka juga memperkenalkan konsep ‘colour categorising’ atau pengkategorian berwarna.

Konsep ini telah mewujudkan pelbagai jenis perkakasan rumah yang ‘simple’ tetapi mempunyai banyak fungsi.

Tidak dinafikan, rata-rata pengurus rumah tangga di Malaysia menggemari kaedah dari HE ini.


Mukasurat 56 dalam buku tulisan Dr. Hani ini ada menyentuh tentang “5 Langkah Pembersihan Rumah“.

Secara asasnya, tips ini adalah lebih kurang sama dengan kaedah-kaedah mengemas yang lain, namun lebih ringkas atau ‘simple’, mengikut keperluan ‘pengurus rumah tangga‘ di Malaysia.

*Terma ‘Pengurus rumah tangga‘ ini digunakan oleh Penulis (@adminsisclassy) kerana pengendalian sesebuah rumah bukan hanya dilakukan oleh seorang surirumah (biasanya sepenuh masa), tetapi juga oleh golongan lelaki, wanita bekerjaya, serta anak-anak kecil dan remaja.


3) Tetapkan Bajet ‘Hangus’

Selepas mengenalpasti keperluan anda, pastikan anda sisihkan dan gunakan hanya sedikit daripada belanja rumah anda untuk keperluan ini. Pastikan anda telah merancang dengan teliti sebelum membuat pembelian, kerana sekiranya anda salah memilih produk atau barang, kebarangkalian barang itu akan menjadi ‘tukun‘ di rumah adalah tinggi.


4) Pastikan Kod Bekas

Dalam menyimpan dan membeli bekas (container) bahan dapur, perlu dipastikan dahulu sama ada bekas tersebut boleh di guna pakai, atau tidak.

Jenis yang terbaik (untuk penyimpanan yang berterusan) adalah jenis yang mempunyai KOD 5.

Bagi barangan kaca pula, pastikan adanya simbol-simbol selamat ini sebelum digunakan.

Klik pada gambar untuk bacaan lanjut.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua. Walaupun hanya untuk memilih bekas (container) makanan di dapur, namun seharusnya menggambarkan keseluruhan ciri rumah yang kita diami.

ini boleh mudah kita membuat pilihan dekorasi di ruang rumah yang lain kelak!

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *