Mee Bandung Muar

Keistimewaan Mee Bandung Muar ini (pada pendapat saya), adalah terletak pada aroma udang keringnya dan rasa manis udang yang dimasak bersama kuah ini.

Agak teringin memakan mee bandung ini, namun bukan mudah mencari kedai yang menyediakan hidangan ini. Cara terbaik dan paling cepat adalah dengan MEMASAK SENDIRI!

Berbekalkan pengetahuan memasak mee bandung ini yang hampir sifar, saya terjumpa resepi dari chef ternama, CheNom. Melihat kepada resepi asal ini, saya kekurangan beberapa bahan, antaranya adalah bahan penting iaitu ‘udang kering‘.

Oleh itu, saya olah sedikit resepi asal mengikut bahan yang saya ada di rumah.

Jika anda lebih suka menonton video, boleh tonton video pendek saya di TikTok SisClassy

Resepi penuh ada di bawah ini. Selamat Mencuba!

RESEPI MEE BANDUNG MUAR : OLAHAN SIS CLASSY

Bahan-bahan kisar

  • 2 – 3 ulang bawang merah (kalau kurang rajin, saya gunakan separuh bawang besar)
  • 4 – 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 – 4 tangkai cili kering (rendam untuk lembutkan, dan buang biji cili kering tersebut). Letak banyak jika mahu lebih pedas
  • 1/2 cawan udang kering (rendam hingga lembut)
    • disebabkan saya tiada udang kering, saya gantikan dengan pes mee bandung Adabi

Bahan-bahan sampingan / campuran

  • 100g isi ayam (dipotong dadu)
  • 300g udang saiz L (best lagi kalau dapat udang galah atau saiz XL)
  • 2 batang sawi (di potong)
    • boleh tambah sayuran lain jika mahu
  • 2 biji telur ayam atau lebih – boleh di rebus (hard-boiled eggs) atau di campur sekali dengan kuah

Bahan perasa kuah

  • 1.5 liter air dan 2 – 3 kiub pati daging, ATAU
  • 1.5 liter meat broth (homemade) – boleh lihat cara buat broth di sini
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 3 sudu besar air

Bahan untuk Mee

  • Celur sebungkus mee kuning dalam air panas

Cara Memasak Kuah Mee Bandung Muar

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan – bahan kisar sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Kemudian masukkan batang sawi
  3. Masukkan bahan perasa kuah : meat broth dan sos tiram
  4. Selepas mendidih, baru masukkan daun sawi
  5. Pastikan air yang cukup untuk kuah mee anda
  6. Jika air mencukupi, masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Biarkan mendidih
  7. Kemudian, masukkan telur dan biarkan ia masak di dalam kuah tersebut

Setelah kuah pekat, tutup api dan tuang ke atas mee kuning tadi. Hiaskan dengan daun sup atau bawang goreng jika ada.

SELAMAT MENCUBA!

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *