Bagi peminat sup, saya lebih meminati sup daging (tulang atau ekor) berbanding sup ayam. Namun, disebabkan ketiadaan pressure cooker (baru dapat beli hari ini, tunggu review dari saya ya!), agak malas untuk saya reneh sup selama 5 ke 6 jam bagi mendapatkan daging yang lembut dan pati yang pekat.

Setiap kali mereneh sup, saya akan asingkan sedikit pati asal dan bekukannya. Ini boleh digunakan sebagai bahan ‘perasa’ dalam masakan berkuah yang lain.

Untuk menghasilkan broth yang berkualiti, saya akan mencampurkan daging (termasuk lemak) dan sedikit tulang (sama ada rusuk atau bahagian sum-sum). Ini akan memberikan kemanisan dalam broth nanti.

Boleh lihat video di bawah tentang cara pembuatan clear meat broth (pati daging lembu).

Resipi Clear Meat Broth

  • 1 kg daging segar
  • 1 kg tulang (bahagian rusuk atau sum-sum)
  • Basuh kedua-dua bahan tadi
  • Masukkan air yang mencukupi
  • Reneh dengan api yang sederhana kecil
Rebus daging dan tulang

Apa yang perlu dilakukan apabila air mendidih?

Untuk mendapatkan broth yang cantik, anda haruslah selalu menapis air rebusan tulang tersebut. Caranya, adalah dengan menggunakan penapis (a sieve) sama ada penapis keluli tahan karat (stainless steel sieve) atau pun kain penapis (pure cotton steamer cloth). Saya menggunakan penapis keluli dan dilapik dengan steamer cloth.

Penapis dan kain untuk menapis bendasing dari broth

Tapis sehingga anda lihat bendasing di dalam broth anda berkurangan. Kemudian, tambahkan lagi air dan reneh lagi. Ulangi proses ini sehingga daging di tulang terlerai dengan sendirinya, barulah anda tutup api dapur.

Bendasing yang perlu dibuang adalah darah beku dan lemak-lemak serta kotoran lain yang terdapat pada daging dan tulang tadi. Buang semua ini dan broth anda akan menjadi jernih.

Proses terakhir adalah, mengasingkan daging dari broth ini. Masukkan broth yang telah ditapis ke dalam bekas-bekas kecil, dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku untuk dibekukan.

Apa lagi yang boleh dibuat selepas ini?

Lebihan broth dan daging yang telah direneh tadi, saya selalu digunakan sebagai kuah (based) untuk masakan seterusnya iaitu Kuay Tiaw Celup. Saya share di post yang lain, ya!

Untuk post kali ini, semoga anda beroleh manfaat.

SELAMAT MENCUBA!

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *