Photo by Jean van der Meulen from Pexels

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, adalah normal apabila perlu merancang keperluan barangan rumah. Namun, bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, adakalanya kita perlu meneliti kembali barangan keperluan yang belum ada di rumah, tetapi di PERLUkan.

Post ini merujuk kepada pengalaman penulis dalam menguruskan rumahnya. Post ini juga turut bergantung kepada keluasan rumah, jumlah keluarga dalam rumah, umur ahli di rumah, dan jenis pekerjaan ahli rumah. Ini adalah diantara perkara yang perlu diambilkira sebelum membuat keputusan dalam setiap pembelian.

Dalam post ini, penulis (@adminsisclassy) meletakkan kriteria ini dalam pemilihan gadget di rumahnya:

  • Anak 2 (usia 4 tahun – 10 tahun)
  • Suami isteri bekerja sepenuh masa (hanya ada masa sehari seminggu di rumah)
  • Tiada pembantu rumah. Hanya mengambil part-time cleaner secara bulanan
  • Ada seekor kucing
  • Keluasan rumah tidak melebihi 2000sqft, satu tingkat sahaja
  • Target keluarga : mahukan ‘masa penuh’ dengan keluarga untuk sehari (Ahad, kebiasaannya).
  • Gadget lain di rumah : microwave, oven biasa, periuk nasi, dapur gas dan pemanas air.

Oleh yang demikian, post ini bertujuan untuk membantu kita (anda) membuat pilihan, sekiranya anda masih dalam mode ‘memilih’ gadget yang sesuai untuk melengkapi keperluan keluarga anda.

ROBOT VACUUM CLEANER

Apakah keistimewaan memiliki robot vacuum ini berbanding vacuum cleaner (cordless mahupun wired) yang biasa?

Sudah tentulah, keistimewaannya terletak kepada penggunaan yang auto, dimana hanya perlu tekan butang dan robot ini akan terus membersihkan segenap ruang rumah. Paling menarik, bagi robot vacuum yang lebih berteknologi tinggi, anda boleh menguruskan rumah hanya dari telefon bimbit.

Balik rumah sahaja, rumah telah siap di vacuum (sekurang-kurangnya tiada habuk dan sampah!). Lebih bersih untuk keluarga dan baik untuk kesihatan seluruh ahli keluarga terutama kanak-kanak.

Namun, tidak dinafikan juga, robot ini hanya membersihkan bahagian lantai dan bukannya keseluruhan rumah termasuk mengelap kabinet, kipas siling, mahupun sofa. Perlu difahami juga dalam konsep ‘mengemas rumah’, perlunya beberapa perancangan seperti, jangka pendek (daily needs), jangka pertengahan (monthly needs), dan jangka panjang (2 kali setahun atau yearly needs). Ini nanti kita bincangkan di post yang lain, ya!

BIBIK DAPUR 1: INDUCTION COOKER

Induction cooker, atau dapur elektrik makin mendapat tempat di hati golongan ibu khususnya. Namun, bagi individu seperti saya (@adminsisclassy ), induction cooker ini hanya datang dalam kehidupan saya setelah dunia dilanda virus COVID.

Disebabkan saya jarang masuk dapur, maka dapur gas biasa adalah sudah mencukupi. Itu pun, belum tentu lagi saya akan mengalami masalah kehabisan gas. Haha!

Tapi, pemikiran saya berubah dan saya mula berfikir, WHAT IF?

Apakah yang saya akan lakukan sekiranya gas habis dan tiada tempat yang boleh menghantar gas kepada saya, pada masa yang saya perlukan? Dan, disebabkan ‘perintah berkurung’, penghantaran makanan juga agak terhad di tempat saya.

Sesungguhnya, apabila kita berada dalam keadaan di mana, pilihan yang kita ada hanyalah dengan “BUAT SENDIRI”, maka, kita perlukan beberapa pilihan lain dan memulakan rancangan kecemasan.

Dan, dapur elektrik inilah menjadi ‘rancangan kecemasan’ buat saya.

Anda pula?

BIBIK DAPUR 2: PERIUK TEKANAN @ PRESSURE COOKER

Saya jarang memasak, namun saya suka akan bubur nasi dan sup, terutamanya mee celup Siam 😀 Masalahnya, tempat makanan yang sedap, selalunya penuh, dan waktu memasak akan jadi lama kerana mereneh sup menggunakan dapur gas, akan mengambil masa lebih kurang 6 jam! Baru sedap sup dan empuk dagingnya. Manakala, bagi bubur nasi pula (menggunakan periuk nasi elektrik), akan mengambil masa dalam 3 – 4 jam!

Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak gunakan induction cooker sahaja? Membazir sahaja beli mahal-mahal tapi digunakan hanya untuk menggoreng!

Betul juga. Tapi, perlu diingatkan. Tujuan pembelian ini adalah untuk membolehkan TARGET KELUARGA (lihat perenggan paling atas) dapat dipenuhi. Oleh itu, sekiranya masih perlu menuggu selama 6 jam, bila pula masa untuk keluarga?

BIBIK DAPUR 3: AIR FRYER

Air fryer ini tidak menjadi keperluan SEKIRANYA hanya saya seorang yang memasak dirumah. Namun, ada kalanya, anak saya yang berumur 10 tahun itu ingin memasak makanan kegemarannya, atau kadang-kala merasa lapar ditengah malam dan tidak mahu menyusahkan saya, maka, Air Fryer ini lah yang menjadi penyelamat.

Jika mahu memasak pizza, dan makanan yang boleh di bakar, oven adalah mencukupi. Namun, untuk kentang goreng dan ayam goreng yang menjadi makanan ‘kegemaran’ anak-anak, lebih mudah (dan sedap) dimasak menggunakan air fryer (dan lebih selamat untuk kanak-kanak.

Saya harus mengakui bahawa, kami (saya dan suami) tidak membenarkan anak-anak kami menggunakan dapur gas tanpa pengawasan. Barang-barang elektrik yang panas juga adalah dalam ruang lingkup tertentu sahaja, dan mereka perlulah memohon kebenaran sebelum menggunakannya.

Setakat ini, air fryer adalah selamat untuk anak-anak kami gunakan, untuk memasak makanan kegemaran mereka, sendiri.

Sekarang, sudah ada Air Fryer Oven yang menggabungkan 2 gadget dalam 1. Nanti saya buat review.

Tips Ini Hanya Buat Pecah Tabung?

Mungkin ada peminat gadget-gadget jenama N dan T yang akan berkata, “dari beli banyak-banyak, baik beli 1 sahaja, settle semua kerja dapur”. Ini merujuk kepada tips No. 2 – No. 4 di atas.

Saya bersetuju juga, namun sekali lagi saya ingin tekankan bahawa, post ini adalah apa yang telah saya lalui, dan sudah tentu, merujuk juga kepada kewangan kami pada waktu itu.

Sudah tentu, barangan di atas TIDAK kami beli secara sekaligus. Kami pertimbangkan keperluan dan juga melihat promo yang paling rendah, serta apa kami masih ada dan boleh digunakan.

Sekiranya ‘bibik-bibik dapur’ ini dibeli secara sekaligus, jumlah yang perlu kami bayar (dengan harga promosi) adalah di bawah RM500.

Sekiranya anda rasa jenama N boleh membantu anda menguruskan dapur sama seperti 3 gadget yang telah saya senaraikan, dan anda mampu untuk menambah bajet wang dalam RM200 lagi, maka tidak menjadi masalah. Saya bersetuju juga dengan keputusan anda.

Atau, sekiranya anda rasa bibik German jenama T akan membuatkan tugas anda lebih mudah, dan anda mampu untuk menghanguskan hampir RM7 ribu untuk bibik ini, saya bersetuju juga.

Seperti yang saya maklumkan diawal post ini, keperluan dan environment kehidupan kita berbeza. Review produk adalah bagi memberikan gambaran untuk kita membuat pilihan yang terbaik untuk kita dan keluarga kita.

MOGA KITA DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK!

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *