Refleksi Bisnes : Rakan Sepasukan

Bila diberikan topik hari ini berkenaan “rakan sepasukan”, saya termenung sekejap.

Bukan sebab saya tiada rakan sepasukan dalam perniagaan. Ada.

Cuma hanya nak memastikan, apakah takrifan (definisi) sebenar (bagi saya) dalam memberikan maksud “rakan sepasukan” ini.

Bercakap tentang perjalanan bisnes, ramai yang tidak tahu saya telah menceburi bidang ini secara suka-suka (bak kata XXX, mengisi masa lapang) sejak habis SPM lagi. Menulis dan bercakap, adalah dua kekuatan saya, jadi saya lebih focuskan kepada penulisan dan training.

Namun, sepanjang perjalanan itu, ada banyak perkara lain yang saya belajar. Contohnya, dalam bisnes tender dan mencari supplier. Kedua-duanya saya belajar (semasa di uni) secara terus di lapangan (real exposure).

Siapa yang membantu saya sewaktu ini?

Adik-beradik saya

Insan-insan dalam gambar ini yang banyak membantu saya sepanjang tempoh belajar. Kekuatan kami tidak sama. Abang sulung banyak ilmu dari segi bisnes secara tender dan koperasi, yang mana agak sukar untuk saya fahami. Namun menjadi refer point kami dalam memahami ‘business terms’ dan juga semasa tempoh pencukaian. Kakak pula, banyak mengajar saya tentang pencarian supplier, konsep dropship dan juga online selling, bermula sejak zaman internet dial-up lagi dan masih terus berkembang hingga ke hari ini. Dari situ, kami bermula kedai cenderamata (wedding gifts) secara online namun hanya kakak yang meneruskan kedai itu sehingga kini dan menjadi main source kami dalam perniagaan online.

Saya pula mula belajar gaya perniagaan yang lain, termasuklah ‘franchise’. Sepanjang pembelajaran ini, banyak perkara belakang tabir yang tidak ada dalam buku, telah saya pelajari. Disebabkan saya juga menjadi pengajar untuk minor keusahawanan, maka semua ilmu ini amat saya hargai. Sekurang-kurangnya, dapat saya pastikan anak-anak pelajar saya tidak dimomokkan dengan gaya perniagaan “PakMan Telo” : Berniaga hari ini, kaya esok. Tapi tahu cabaran-cabaran yang akan dihadapi, dan tahu bagaimana untuk mengatasinya serta sumber-sumber yang boleh dirujuk.

Hingga kini, saya masih belajar. Lagi banyak belajar, lagi banyak perkara yang saya tidak tahu rupanya. Dan, kami adik beradik masih bekerjasama dan berkongsi ilmu kami. Tambahan dua adik kami yang dahulunya masih kecil dan telah dewasa kini, memberi tambah nilai dalam selok belok ilmu berniaga, terutamanya untuk kumpulan pembeli muda (remaja).

Perjalanan perniagaan kami tidak sama, namun matlamat kami yg menguatkan kami dalam berniaga: (1) tidak berhutang untuk berniaga dan hidup (2) beroleh keuntungan dan balik modal, dan (3) mampu bayar zakat. Jika ada selebihnya, itu adalah kurniaan Ilahi.

Jadi, apakah yang saya sangat bersyukur untuk hari ini?

Follow IG @narelspire_by_auni

Saya bersyukur diberikan Allah support team utama yang sangat kuat hingga kini.

Follow YouTube @cheer4azra dan TikTok @sisclassy

Dan dari sini, mendapat support team kedua yang juga sangat kuat: My own (small) family.

Kemudian, support team yang sama-sama dalam perniagaan yang saya ceburi: rakan-rakan usahawan dan agen-agen produk.

Terima kasih kerana sentiasa berada dalam circle saya. Terima kasih kerana sentiasa mengajar saya ilmu-ilmu yang mahal ini.

Terus Follow kami di Instagram (^^,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *